Monday 21 October 2013

THE PROMISED LAND : INI ADALAH BLOG TERBARU" CAHAYA AL MAJID"

BLOG TERBARU CAHAYA AL MAJID

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Perjuangan , kebenaran , renungan ,  imbasan , buah fikiran , pengalaman serta pedoman yang dititiskan olih Allah SWT perlu diteruskan walaupun 'laman' terdahulu terdapat cubaan untuk 'dilumpuhkan' atau  "digagalkan" . Perjalanan yang dirintis untuk kebaikan semua manusia yang tidak disenangi olih segelintir tentera ' dajjal' yang berwajah manusia yang berhatikan 'kemunafikan  nafsu syaitan' agar umat manusia diselewengkan dari kebenaran Al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Malaikat Jibrail untuk panduan manusia namun kekentalan hati dan jiwa yang disatukan didalam diri akan tetap berdiri teguh membentes setiap musuh yang mendatang demi kalimah yang dijunjung  iaitu 'Allah SWT" Yang Esa..

Walupun usaha penyebaran dakwah kebenaran ini tidak digemari olih 'pendusta-pendusta' agama serta manusia  yang ditopengkan olih syaitan,  namun ketelusan hati serta kesedaran tentang kebertanggungjawapan terhadap suruhan Al Quran  dan  Sunnah akan tetap diteruskan walaupun 'darah' menitis membasahi bumi. 

Untuk pencinta dan pelayar yang mengikuti secara dekat lamanblog Cahaya Al Majid Perjalanan Kedua a.k.a puteramariam.blogspot diharap dapat menerima kehadiran 'laman' terbaru ini bagi meneruskan 'usaha-usaha' menyampaikan maklumat serta pandangan kritis berhubung perjalanan, kehidupan, serta Bangsa Melayu Nusantara yang bakal dinobat olih Allah SWT untuk prasa akhir zaman.

                    Inshaallah, penulisan akan diteruskan demi Al Quran dan Sunnah

                                         Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment